Friday, September 29, 2017

Birds of Paradise

Pada tahun 2014 Karya ini telah dipilih untuk mewakili Pulau Pinang oleh Jabatan Pelajaran Negeri untuk dipamerkan di PWTC besempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan.

Mengekalkan motif flora iaitu 'Bird of paradise' atau nama saintifiknya Strelitzia reginae yang digubah secara berkumpulan. 


Birds of Paradise composed in a group. What I like about the flower is that the contrasting colours and exotic shape. A nice subject matter for the patchwork with its fiery look and vibrant colours that attract attention.







"Strelitzia reginae"
Mixed Media
79cm x 63cm
2014







Sail Away

Permintaan dari seorang rakan baik yang meminati patchwork yang saya buat untuk diletakkan di ruang pejabatnya. Berdasarkan lokasi dan situasi pekerjaan beliau yang melibatkan pelabuhan dan perkapalan, saya menggunakan imej kapal layar yang sedang belayar menuju horizon yang boleh juga diibaratkan seperti perjalanan kehidupan, menghadapi gelora dan badai sebelum sampai ke destinasi abadi.

A request from my good friend who loved my patchwork to be displayed in his office. He's working in a port and shipping sector so I'm using an image of a ship sailing across the ocean. This images represents our life's journey with all up and downs until we reached the end


"Sail Away..."
Mixed Media
42cm x 40cm
2014

Untukmu Cikgu..

Satu patchwork yang sempat saya buat sebagai hadiah untuk seorang bekas guru saya iaitu Puan Hajjah Rahmah, yang banyak memberi impak terhadap saya ketika bersekolah rendah dulu. Beliau merupakan seorang guru yang tegas namun amat mementingkan pelajaran murid murid asuhannya..Terima kasih cikgu..

Kali ini bunga matahari menjadi pilihan untuk diabadikan menjadi lambang kepada setiap guru yang telah banyak berjasa memberi sinar ilmu di dalam kehidupan kita sebagai manusia.

I did this as a present to my beloved teacher, Puan Rahmah who was once taught me during my primary years. A very dedicated teacher, very stern but her impact on me was deep enough. Choosing a Sunflower as a symbolic meaning to every teacher that provides us with knowledge and guidance, just like a sunshine that brightens the darkness within. Thank you, teacher..


"Sunflowers"
Mixed Media
18cm x 10cm
2014

Heliconia again..

Karya yang seterusnya masih menggunakan imej heliconia sebagai subjek utama, tempahan dari seorang rakan untuk dihadiahkan kepada saudaranya.

I was asked to do another gift for someone's relative..Again heliconia was featured in this design, maintaining the look and feel of the previous work.






"Heliconia wagneriana"
Mixed Media
35cm x 23cm
2012

Thursday, September 28, 2017

Heliconia

Ini adalah 2 antara karya terawal, yang telah ditempah oleh seorang rakan sekerja yang telah digunakan sebagai cenderahati untuk Isteri TYT Pulau Pinang, Toh Puan Dato' Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff yang telah merasmikan satu acara yang telah dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri.

Saya memilih untuk membuat rekaan karya berdasarkan flora iaitu beberapa spesis heliconia yang saya rasa besesuaian dengan majlis itu yang bertemakan alam sekitar dan melambangkan iklim tropika. 

Below are 2 of my early patchworks art that was ordered by one of my friend, already given as a souvenir for State Of Penang Governors wife during an event hosted by Girls Guide Society.

I chose a couple of heliconia species to match with the environmental themed event besides given the tropical vibe to match the climate of the country.


"Heliconia bihai"
Mixed Media
20cm x 15cm
2012



"Heliconia rostrata"
Mixed Media
30cm x 21cm
2012





Tuesday, September 26, 2017

Pengenalan

Blog ini adalah merupakan satu platform bagi saya untuk menonjolkan kreativiti melalui  rekaan karya-karya seni berbentuk 'patchwork' atau kolaj yang menggunakan bahan utama iaitu fabrik. Latar belakang saya sebagai seorang pelajar bidang Seni Lukis dan Seni Reka di UITM telah membawa saya untuk memperkembangkan lagi karya seni visual seperti ini kepada khalayak. 

Bermula sejak tahun 1998 saya telah menghasilkan karya sebegini sebagai salah satu projek akhir Ijazah Seni Lukis Dan Seni Reka. Setelah sekian lama saya merasakan inilah masanya untuk saya aktif kembali berkarya kerana rugi rasanya membiarkan bakat dan idea yang ada terpendam begitu saja.

Apa sahaja bentuk karya yang saya paparkan di dalam blog ini diharap dapat memberi satu pengalaman baru terhadap apresiasi karya seni visual.

Berkarya merupakan satu proses yang mengambil masa, kita lazimnya melihat sesuatu karya yang telah siap, Tetapi terfikirkah kita tentang apakah yang berlaku di belakang tabir? Bagaimanakan seseorang itu berkarya?Idea, rujukan, kemahiran, halangan, kesilapan dan pembetulan yang telah dilakukan untuk memberi 'jiwa' kepada karyanya supaya dapat dihayati oleh khalayak ? Bagi saya inilah yang memberi nilai kepada sesuatu hasilan seni agar menjadi yang unik dan tersendiri.

Selain paparan karya berbentuk 'patchwork', pada masa yang sama mungkin akan ada karya-karya lain yang akan saya selitkan bersama.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah email terus kepada saya myzools@gmail.com

This is a blog that I created as a platform to introduce my patchworks art. As an art students it was my passion to create art as a form of self expression. This is an artworks that I started in 1998 during my final projects to get a Bachelor in Art and Design. Of course things got slowed down along the way..but now I think it is the time to revive. I think that it is a shame to let the idea and skills go to waste. Really hope that the displays of the artworks will give art enthusiasts a new look and experience throughout.

At the same time I may be posting my other artworks as well.

Any query just email me at myzools@gmail.com