Tuesday, September 26, 2017

Pengenalan

Blog ini adalah merupakan satu platform bagi saya untuk menonjolkan kreativiti melalui  rekaan karya-karya seni berbentuk 'patchwork' atau kolaj yang menggunakan bahan utama iaitu fabrik. Latar belakang saya sebagai seorang pelajar bidang Seni Lukis dan Seni Reka di UITM telah membawa saya untuk memperkembangkan lagi karya seni visual seperti ini kepada khalayak. 

Bermula sejak tahun 1998 saya telah menghasilkan karya sebegini sebagai salah satu projek akhir Ijazah Seni Lukis Dan Seni Reka. Setelah sekian lama saya merasakan inilah masanya untuk saya aktif kembali berkarya kerana rugi rasanya membiarkan bakat dan idea yang ada terpendam begitu saja.

Apa sahaja bentuk karya yang saya paparkan di dalam blog ini diharap dapat memberi satu pengalaman baru terhadap apresiasi karya seni visual.

Berkarya merupakan satu proses yang mengambil masa, kita lazimnya melihat sesuatu karya yang telah siap, Tetapi terfikirkah kita tentang apakah yang berlaku di belakang tabir? Bagaimanakan seseorang itu berkarya?Idea, rujukan, kemahiran, halangan, kesilapan dan pembetulan yang telah dilakukan untuk memberi 'jiwa' kepada karyanya supaya dapat dihayati oleh khalayak ? Bagi saya inilah yang memberi nilai kepada sesuatu hasilan seni agar menjadi yang unik dan tersendiri.

Selain paparan karya berbentuk 'patchwork', pada masa yang sama mungkin akan ada karya-karya lain yang akan saya selitkan bersama.

Untuk sebarang pertanyaan bolehlah email terus kepada saya myzools@gmail.com

This is a blog that I created as a platform to introduce my patchworks art. As an art students it was my passion to create art as a form of self expression. This is an artworks that I started in 1998 during my final projects to get a Bachelor in Art and Design. Of course things got slowed down along the way..but now I think it is the time to revive. I think that it is a shame to let the idea and skills go to waste. Really hope that the displays of the artworks will give art enthusiasts a new look and experience throughout.

At the same time I may be posting my other artworks as well.

Any query just email me at myzools@gmail.com


No comments:

Post a Comment